SPRM mula siasat projek MyKiosk

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik dan menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan.

Katanya, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.

“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut memberi sejumlah dokumen berkaitan projek ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, termasuk sistem dan prosedur yang ditetapkan.

Zainul mengesahkan siasatan dibuat berasaskan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *