Dua gol Leonardo singkir Manchester City

ORLANDO, Amerika Syarikat: Al-Hilal dari Arab Saudi mengejutkan Manchester City 4-3 selepas masa tambahan di Orlando sebentar tadi untuk mencipta salah satu kejutan terbesar pada Piala Dunia Kelab, sekali gus mara ke suku akhir menentang Fluminense dari Brazil.

Marcos Leonardo menjaringkan gol keduanya pada minit ke-113 ketika pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris, yang sebelum itu mendahului seawal minit kesembilan menerusi jaringan Bernardo Silva.

Gol pantas daripada Leonardo dan Malcom dalam tempoh enam minit sejurus babak kedua bermula meletakkan Al-Hilal di depan, sebelum Erling Haaland menyamakan kedudukan untuk City pada minit ke-55.

Empat minit selepas masa tambahan bermula, Kalidou Koulibaly menanduk masuk sepakan penjuru Ruben Neves untuk kembali meletakkan kelab kaya dari Riyadh itu di hadapan dan walaupun Phil Foden sekali lagi menyamakan kedudukan buat City, Leonardo memastikan kemenangan Al-Hilal tujuh minit sebelum tamat masa tambahan. – REUTERS

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *