Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati bekas pakar patologi

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini, mengekalkan hukuman mati ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol. Dr. R. Kunaseegaran, 62; S. Nimalan, 31; dan S. Ravi Chandran, 53.

Bagaimanapun, Nimalan dan Ravi Chandran terlepas daripada hukuman gantung selepas mahkamah meringankan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap mereka kepada hukuman penjara seumur hidup.

Nimalan dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dengan 12 sebatan, manakala Ravi Chandran yang dijatuhi hukuman penjara 40 tahun, tidak dikenakan hukuman sebat kerana dia berusia lebih 50 tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Hakim Tengku Maimun berkata, hukuman mati Kunaseegaran kekal kerana beliau telah menarik balik rayuannya terhadap hukuman itu.

Sementara itu, panel yang turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang, melepas dan membebaskan tiga individu lain iaitu R. Dinishwaran, 32; A. K. Thinesh Kumar, 31; dan M. Vishwanath, 34, daripada pertuduhan.

Pada 10 Julai 2020, Mahkamah Tinggi mensabitkan keenam-kenam lelaki itu dengan kesalahan membunuh Morais di sebuah lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015.

Rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan pada 14 Mac tahun lalu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Morais yang dilaporkan hilang pada 4 September 2015, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun yang sama. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *