Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai akibat tembakan di dada

IPOH – Seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada Selasa turut didapati mempunyai kesan luka tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan itu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa berusia 57 tahun yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Hasil bedah siasat mendapati selain kesan kecederaan tikaman, terdapat kesan luka tembakan di bahagian dada kiri dan punca kematian disebabkan oleh kecederaan tembakan di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Rezan Yussop @ Ariffin di talian 016-9648706 atau hadir ke balai polis berhampiran.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, Abang Zainal Abidin memaklumkan mangsa terbabit ditemukan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumah berkenaan dengan kesan tikaman di perut serta hirisan pada dada dalam kejadian Selasa lepas.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak mangsa dan suspek direman bermula semalam hingga 1 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *