PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata pendirian itu dibuat selepas majoriti Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya negeri berkenaan.

Joachim berkata PBS turut menegaskan pendirian untuk terus setia bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai gabungan pemerintah sedia ada pada PRN itu.

“Pendirian kita jelas. PBS akan terus bekerjasama dalam gabungan GRS dan komited terhadap kerjasama politik ini menjelang PRN itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“PBS turut mengulangi komitmen untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan komponen GRS iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) yang dipimpin Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir pada 11 Nov ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *