Peserta RXZ Fighter maut nahas berlanggar sesama sendiri

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal RXZ yang berlanggar sesama sendiri di Kilometer 430 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Gemuruh, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian 8.45 pagi, Mohamad Faizal Adam Azhar, 31, yang bekerja sendiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua rakannya Muhammad Zarul Asyraf Mukhtar, 26, dan Muhammad Arif Che Mahisan, 29, parah di kepala.

Semua mangsa menunggang motosikal Yamaha RXZ dari Kelantan menuju Kuantan, Pahang untuk menyertai acara RXZ Fighter.

“Siasatan mendapati motosikal ditunggang Muhammad Arif dilanggar dari arah belakang oleh Mohamad Faizal Adam ketika sedang bergerak di lorong kecemasan, menyebabkan Muhammad Arif melanggar Muhammad Zarul Asyraf di hadapannya.

“Semua motosikal terjatuh dan terseret di jalan sebelum motosikal Mohamad Faizal Adam tercampak ke dalam longkang konkrit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azli berkata mayat Mohamad Faizal Adam dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, dan dua lagi mangsa juga dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *