Perdana Menteri Thailand masuk hospital selepas lawat Kemboja

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatrah dimasukkan ke hospital semalam selepas mengalami demam panas tidak lama selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Kemboja, menurut jurucakap kerajaan.

Paetongtarn melakukan lawatan selama dua hari ke Kemboja bagi bertemu Perdana Menteri Hun Manet.

Antara perkara dibincangkan termasuk kerjasama rentas sempadan dalam menangani isu penipuan dalam talian dan pencemaran udara.

Kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai peranan ASEAN sebagai platform undangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung isu tarif perdagangan.

“Selepas Paetongtarn pulang ke tanah air, beliau mengalami demam panas dan mendapatkan rawatan.

“Doktor menasihatkan beliau dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh,” kata jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, semua urusan rasmi Perdana Menteri semalam (25 April) ditangguhkan atau diserahkan kepada timbalannya termasuk pertemuan yang dijadualkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif e-dagang, Chris Feng serta bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Dalam pada itu, suami kepada Paetongtarn, Pidok Sooksawas memuat naik satu hantaran di Instagram yang memaparkan Perdana Menteri sedang berehat di katil hospital.

“Awak tak mahu mendengar nasihat. Badan awak beri isyarat tidak mampu bertahan lagi,” tulisnya dalam hantaran itu.

Lawatan rasmi Paetongtarn ke Kemboja juga bersempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara jiran itu. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *