Penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning hari ini

TAPAH – Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di sini, hari ini.

Proses penyerahan borang oleh calon bertanding diadakan di Dewan Merdeka di Tapah, Perak.

“Bakal calon yang bertanding pada PRK itu perlu menyerahkan kertas penamaan calon dari jam 9 hingga 10 pagi kepada pegawai pengurus di pusat penamaan calon berkenaan,” kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Februari lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

SPR menetapkan hari pengundian pada 26 April, manakala pengundian awal pada 22 April.

Bagi PRK itu, Setiausaha UMNO bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN.

Manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abdul Muhaimin Malek, pula diumumkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *