Juruterbang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara India

NEW DELHI – Seorang juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat Jaguar dua tempat duduk milik Tentera Udara India terhempas di negeri Gujarat pada Rabu.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Jamnagar untuk menjalankan misi malam.

“Para juruterbang menghadapi masalah teknikal dan mengaktifkan kerusi lenting, mengelakkan bahaya kepada lapangan terbang dan penduduk tempatan.

“Malangnya, seorang juruterbang meninggal dunia akibat kecederaannya manakala seorang lagi sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Jamnagar”, menurut tentera udara dalam satu kenyataan pada Khamis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tentera Udara India kehilangan sebuah pesawat Jaguar bulan lepas di utara negeri Haryana akibat kerosakan sistem semasa latihan rutin. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *