PETALING JAYA – Bintai Kinden Corporation Berhad (BKCB) pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E), pembinaan, pengilang peranti perubatan dan pengendali kemudahan, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM27.15 juta.
Kontrak tersebut dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Kejuruteraan Bintai Kindenko, Sdn. Bhd. oleh Pavilion Link Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Teladan Group Berhad.
Kontrak tersebut adalah untuk pembinaan dan penyiapan enam blok pejabat kedai yang terletak di Bukit Intan, Seremban dijangka memberikan sumbangan positif yang signifikan kepada pendapatan BKCB dalam tempoh dua tahun kewangan akan datang.
Di bawah kontrak, pemilikan tapak dijadualkan pada 26 Mac ini dengan kerja pembinaan fizikal bermula pada 9 April ini, manakala tempoh pembinaan ditetapkan pada 15 bulan dengan jangkaan tarikh siap 8 Julai 2026.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BKCB, Datuk Tay Chor Han berkata, BKCB amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Teladan, pemaju hartanah terkemuka.
“Anugerah berprestij ini secara signifikan mengukuhkan buku pesanan kami yang belum dibilkan kepada RM132.91 juta, mengukuhkan keyakinan kami dalam mencapai hasil dan keuntungan yang diperlukan, selain menarik balik status PN17 kami di Bursa Malaysia,”katanya.
Berikutan kelulusan Bursa Malaysia bagi Pelan Regularisasi pada 15 Januari lalu dan kelulusan seterusnya oleh pemegang saham syarikat pada 25 Februari lalu, BOCB telah secara agresif mengejar peluang kontrak baharu melalui tender dalam kedua-dua sektor Mekanikal & Elektrikal (M&E) dan Pembinaan.
Dengan adanya inisiatif ini, Bintai Kinden kini berada pada kedudukan yang strategik untuk mengukuhkan asas kewangannya, mempelbagaikan aliran pendapatan dan mempercepatkan momentum pemulihannya.
Pengembangan berterusan ke dalam segmen pembinaan disokong oleh kejayaan projek baharu, mencerminkan komitmen Syarikat untuk membina semula buku pesanannya dan meningkatkan nilai pemegang saham. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001