Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred

27/02/2025:

SYDNEY – Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

Penghuni Pulau Great Keppel, destinasi pelancongan popular kira-kira 15 km dari pantai bandar Rockhampton, dijangka mula dipindahkan pada Khamis.

Pihak pengurusan pusat peranginan pulau itu memaklumkan ia mungkin dibuka semula pada Isnin, bergantung kepada keadaan semasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Biro Meteorologi (BoM) pada Khamis berkata siklon itu telah mencapai kekuatan kategori tiga dan terus bergerak perlahan di Laut Coral, di luar pantai negeri Queensland.

Setakat pagi Khamis waktu tempatan, BoM berkata siklon itu berada kira-kira 860 km dari pantai bandar Mackay di utara tropika Queensland.

BoM turut menyatakan siklon dengan kekuatan sehingga 185 kilometer sejam itu semakin kuat semasa ia bergerak ke selatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *