Kemanusiaan telah mati

Bila membunuh belum cukup.

Bila membunuh sesama manusia belum cukup mengenyangkan.

Bila membunuh manusia-yang-bukan-manusia-tapi-hanyalah-binatang itu berjaya diolah, diangkat dan dijunjung sehingga jadilah ia DEKLARASI NEGARA oleh para pemimpin dan 60 peratus-rakyatnya kerana mereka amat yakin percaya itu kebenaran dan itulah suruhan Tuhannya.

Bila seluruh dunia tidak lagi terdaya menghentikan pembunuhan sebuah bangsa kecuali bertempik dan mengacung penumbuk sambil berguling-guling dan menghempaskan kepalanya ke bumi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dan

Apabila manusia tidak lagi sudi diterima oleh segala haiwan di dunia ini sebagai haiwan kerana di mata mereka, manusia tersangat buruk sifat dan perangainya berbanding haiwan

maka benarlah

kemanusiaan telah pupus di dunia ini.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

2.

Kemanusiaan, kamu terlalu hodoh untuk diperkatakan

dan

sesungguhnya kamu telah mati.

 

Kassim Muhamad, Tanah Merah, Kelantan. 3 Mac 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *