BERITA UTAMA

Kementerian Pertanian sasar 150,000 hektar kawasan tanaman padi

PENDANG – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan kira-kira 150,000 hektar kawasan tanaman padi di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia akan dilakukan dengan menggunakan amalan SMART Sawah Padi Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan menjelang 2030.

“Kita semua perlu bersungguh-sungguh meningkatkan hasil padi sehingga mencapai tujuh tan metrik per hektar untuk mencapai SSR beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030.

“Insya-Allah, Gelombang Padi yang digerakkan ke seluruh negara ketika ini akan membuahkan hasil,” katanya pada program Menuai Padi SMART SBB Ala Sekinchan di Kampung Gulau dekat ini.

Program itu, kata beliau, melibatkan 10 peserta atau Peladang Muda dengan keluasan 38.995 hektar.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, selepas ini lebih ramai anak muda berkecimpung dalam bidang pertanian yang mampu menjana pendapatan lumayan. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *