Jatuh motosikal, remaja perempuan maut digilis bas

Jatuh motosikal, remaja perempuan maut digilis bas

KUALA TERENGGANU – Remaja perempuan maut selepas terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan di sini malam tadi.

Dalam nahas jam 8.20 malam, mangsa Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dari arah Bandar Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Manir manakala bas dipandu lelaki berusia 70 tahun itu pula menghala pulang ke Kuala Berang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata siasatan awal mendapati mangsa berada di lorong kiri dikatakan memasuki laluan bas yang sedang bergerak terus di lorong tengah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Susulan kejadian itu, mangsa terjatuh di laluan bas sebelum digilis tayar belakang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *