Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kemas kini amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6 petang tadi memaklumkan beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi hujan berterusan tahap buruk pula amaran juga dikeluarkan di beberapa kawasan lain di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang manakala di Terengganu melibatkan Kuala Terengganu dan Marang.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuantan, Pahang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang meliputi Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin serta Mersing di Johor.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *