35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China

35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China

BEIJING – Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam itu, suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam di situ.

Lelaki berkenaan ditahan polis ketika cuba melarikan diri, lapor pihak berkuasa.

Dia telah mencederakan dirinya sendiri dengan pisau sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dalam keadaan koma, kata pihak keselamatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Siasatan awal mendapati punca serangan adalah rasa tidak puas hati terhadap pengagihan aset selepas perceraian, yang dipercayai mendorong tindakan ganas itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *