Warga emas terperangkap banjir kilat diselamatkan

Warga emas terperangkap banjir kilat diselamatkan

TELUK INTAN – Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam banjir kilat di sebuah rumah di Jalan Kampung AC Baru, Rendang Punggo, Langkap, dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 7.35 malam.

Menurutnya, wanita itu terperangkap dalam rumah ketika berlaku banjir kilat selepas air naik kira-kira 0.5 meter.

“Komander operasi mengarahkan anggota membantu mengeluarkan mangsa dengan memimpinnya dan menghantar ke rumah warisnya yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I KUP Abdul Hazhar Ismail tamat jam 8.37 malam.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *