KUALA LUMPUR – AIZO Group Berhad (AIZO), menerusi anak syarikatnya Minetech Construction Sdn. Bhd. (MCSB) telah menerima Surat Anugerah (LOA) bernilai RM14.55 juta daripada Richmont Estate Sdn. Bhd. (Richmont) untuk menjalankan kerja infrastruktur luaran bagi projek di Serendah, Hulu Selangor, Selangor.
AIZO yang dahulunya dikenali Minetech Resources Berhad dianugerahkan projek ini yang bermula pada 26 Ogos lalu dengan tarikh siap ditetapkan pada 25 Ogos 2025.
Projek ini akan melibatkan pelaksanaan dan penyiapan kerja infrastruktur luaran untuk pembangunan dengan AIZO menyelia semua kerja infrastruktur luaran bagi memastikan penyiapan tepat pada masanya mengikut piawaian tertinggi.
Pengarah Eksekutif AIZO, Ahmad Rahizal Ahmad Rasidi berkata, pihaknya berbesar hati untuk memperoleh kontrak ini dengan Richmont, satu peristiwa penting yang sejajar dengan identiti syarikat yang baru dijenamakan semula sebagai AIZO Group Berhad.
“Ini adalah bukti dedikasi kami untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pemegang kepentingan kami dan meningkatkan kehadiran kami dalam sektor ini.
“Projek ini juga mengesahkan kedudukan kami sebagai pemain utama dalam industri pembinaan dan kami yakin ia akan meningkatkan kehadiran kami dalam sektor infrastruktur,” katanya di sini, hari ini.
Sehingga jam 5 petang hari ini, saiz buku pesanan AIZO berjumlah RM265.77 juta, di mana harga saham syarikat ditutup pada RM0.135, mewakili modal pasaran RM241 juta. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252