Op Global: 80 kertas siasatan dibuka, 359 pengikut GISB ditahan

Op Global: 80 kertas siasatan dibuka, 359 pengikut GISB ditahan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn. Bhd. menerusi Op Global di seluruh negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat dalam proses siasatan serta tindakan dalam menanggani kes itu.

“Jadi, daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi terlibat tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya – itu kuasa di peringkat AGC,” katanya dipetik Astro Awani.

Saifuddin berkata demikian dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Isnin, beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal bulan ini, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan, 572 mangsa diselamatkan dan lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GISB, kini memasuki fasa empat. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *