Bintai Kinden peroleh subkontrak RM22.3 j projek rumah 2 tingkat di Johor

BKCD cadang pelan regularisasi untuk keluar PN17

PETALING JAYA – Bintai Kinden Corporation Berhad (BKCB), pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E), pengeluar peranti perubatan dan pengendali kemudahan, mengumumkan Cadangan Pelan Regularisasinya untuk keluar dari status PN17

Pelan itu, tertakluk kepada kelulusan Bursa dan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan datang.

Sebagai sebahagian daripada Cadangan Pelan Regularisasi, BKCB sedang melaksanakan langkah strategik untuk meningkatkan kesihatan kewangannya dan menyokong pertumbuhan masa depan.

Komponen utama ialah Cadangan Kepelbagaian ke dalam sektor pembinaan, yang akan melengkapkan teras perniagaan kejuruteraan M&Enya dengan segmen pembinaan dijangka menyumbang sekurang-kurangnya 25 peratus kepada keuntungan bersihnya dalam masa terdekat.

Selain itu, Cadangan Pengurangan Modal Saham melibatkan pembatalan sehingga RM160 juta modal saham terbitan untuk menghapuskan kerugian terkumpul, mengukuhkan asas modal syarikat dan mewujudkan asas pertumbuhan yang lebih sihat.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BKCB, Datuk Tay Chor Han berkata, pihaknya teruja dengan prospek yang akan datang, terutamanya ketika syarikat melaksanakan Cadangan Pelan Regularisasi.

“Pelan ini bukan sahaja laluan kepada kestabilan kewangan tetapi juga langkah strategik untuk memanfaatkan sektor pembinaan yang berkembang pesat. Nilai kerja yang dilakukan dalam sektor pembinaan mencecah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024, dengan kadar pertumbuhan 20.2 peratus, didorong oleh projek kejuruteraan awam dan bangunan kediaman,” katanya di sini hari ini.

 

Beliau menambah BKCB juga merancang Penempatan Persendirian sebanyak 244,000,000 saham biasa baharu, mewakili 20 peratus daripada jumlah saham terbitan, untuk mengumpul sehingga RM19.5 juta.

Ia akan menyediakan kecairan yang diperlukan untuk meningkatkan modal kerja syarikat dan menambah baik kunci kira-kiranya.

 Sebagai sebahagian daripada rancangan itu, Cadangan Pemberian Opsyen akan membolehkan Chor Han, melanggan sehingga 146,399,000 saham baharu, mewakili 10 peratus daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan berikutan siapnya cadangan tersebut. 

Akhir sekali, BKCB memperkenalkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), yang akan melibatkan sehingga 15 peratus daripada jumlah saham yang diterbitkan.

Skim ini bertujuan memberi insentif dan mengekalkan kakitangan utama, memastikan syarikat mempunyai bakat yang tepat untuk melaksanakan strategi pemulihannya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *