Inter, Roma kongsi takhta Serie A

ROME: Jaringan lewat Lautaro Martinez memastikan Inter bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Napoli 3-2 dalam aksi mendebarkan Serie A, manakala Roma turut mencipta kebangkitan dramatik menewaskan Atalanta 2-1.

Kemenangan itu menyaksikan Inter dan Roma berkongsi kedudukan teratas liga dengan rekod sempurna sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Atalanta mengumpul enam mata manakala Napoli kekal dengan tiga mata.

“Ia perlawanan yang cantik dan menghiburkan untuk ditonton, selain menjadi promosi hebat buat bola sepak Itali,” kata jurulatih Inter, Cristian Chivu kepada DAZN.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ketika kedudukan 2-2, kedua-dua pasukan bermain secara terbuka tanpa memikirkan untuk mempertahankan keputusan. Saya melihat peluang besar di kedua-dua hujung padang.”

Kedua-dua penjaga gol dipaksa melakukan beberapa aksi menyelamat pada awal permainan dalam perlawanan terbuka itu, namun keputusan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama selepas sepakan percuma Federico Dimarco menggegar palang gol Napoli.

Permainan menjadi lebih rancak pada babak kedua apabila Matteo Politano membuka jaringan pada minit ke-50 sebelum Rasmus Hojlund menggandakan kelebihan Napoli hanya tiga minit kemudian menerusi rembatan lencong.

Inter bagaimanapun segera bangkit apabila Martinez meledak gol pertamanya musim ini menerusi hantaran lintang Dimarco.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pemain gantian Marcus Thuram kemudian hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukannya terkena tiang.

Namun, penyerang Perancis itu tidak mensia-siakan peluang kedua apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-82 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Peluang terus terhidang di kedua-dua kawasan penalti sebelum naluri Martinez dalam kotak penalti menjadi penentu pada minit ke-91.

Napoli gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya dan penyerang Argentina itu pantas menyambar peluang untuk melengkapkan kebangkitan luar biasa Inter.

“Saya gembira kami berjaya bangkit melawan, sesuatu yang kami kurang lakukan musim lalu,” kata Martinez kepada DAZN.

“Setiap tahun kami meningkatkan sasaran dan cuba menunjukkan perkara itu di atas padang.”

Kedua-dua pasukan kini akan memulakan kempen Liga Juara-Juara minggu depan, dengan Inter bertandang ke Real Madrid manakala Napoli menerima kunjungan Arsenal awal pagi Rabu ini.

Di Rome, Mario Hermoso dan Matias Soule menjaringkan gol pada penghujung permainan untuk meneruskan permulaan sempurna Roma musim ini ketika menewaskan bekas kelab jurulatih mereka, Gian Piero Gasperini, iaitu Atalanta.

Ederson meledak gol menerusi rembatan kencang pada awal babak kedua, sekali gus mengejutkan Roma, dan jaringan itu kelihatan cukup untuk memberikan Atalanta kemenangan selepas penjaga gol mereka, Marco Carnesecchi, menafikan beberapa percubaan berbahaya Giallorossi.

Roma sebelum ini meledak lapan gol dalam dua kemenangan pembukaan musim, namun mereka hampir kehabisan idea selepas penyerang gantian Santiago Castro dua kali dinafikan tiang gol selain Carnesecchi melakukan dua aksi menyelamat hebat.

Namun, Hermoso yang tidak dikawal berjaya menanduk bola ke penjuru jauh pada minit ke-90 untuk menyamakan kedudukan.

Pemain Roma kemudian segera berlari kembali ke bulatan tengah bagi memulakan semula permainan secepat mungkin dalam usaha memburu gol kemenangan dan tindakan itu membuahkan hasil apabila Soule meledak gol menerusi penyudah tenang di tiang dekat untuk mencetuskan sorakan gemuruh di Stadio Olimpico.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Roma ke atas Atalanta sejak Mac 2022 selepas lapan pertemuan, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan berkenaan menjelang penantian lapan tahun mereka untuk kembali ke Liga Juara-Juara yang akan berakhir apabila bertandang ke Fenerbahce awal pagi Jumaat ini. – AFP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *