KUALA LUMPUR – Propel Blobal Berhad (Propel Global), penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G), mengambilalih 39 peratus baki kepentingan dalam Best Wide Engineering (M) Sdn. Bhd. (BWE).
Propel Global, melalui Propel Oilfield Services Sdn. Bhd. (POSSB), hari ini telah memeterai Perjanjian Jualan Saham (SSA) untuk menguasai baki 39 kepentingan ekuiti dalam BWE menurut perjanjian opsyen jual dan beli yang ditandatangani sebelum ini dengan Vendor daripada BWE.
Pengambilalihan itu, bernilai RM6.19 juta akan meningkatkan pemilikan Propel Group ke atas BWE daripada 51 peratus kepada 90 peratus, sekali gus mengukuhkan kawalan ke atas BWE.
Angeline Lee, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global Angeline Lee berkata, pemerolehan ini mencerminkan komitmen kuat syarikat untuk mengembangkan kehadiran dalam sektor minyak dan gas.
“Memperoleh baki pegangan dalam BWE membolehkan kami meningkatkan perniagaan teras kami dan memanfaatkan sepenuhnya potensi pertumbuhannya.
Propel Global kekal fokus untuk memacu pertumbuhan yang mampan dan menyampaikan nilai kepada pemegang kepentingan kami sambil kami terus mengukuhkan kedudukan kami dalam industri,” katanya di sini hari ini.
BWE mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam sektor minyak dan gas, mengkhusus dalam perkhidmatankejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan(EPCC).
Propel Global pada mulanya memperoleh 51 peratus kepentingan dalam BWE pada 6 Januari 2023, dan pemerolehan terbaru ini dijangka meningkatkan penawaran perkhidmatan Kumpulan dengan ketara dalam sektor O&G, terutamanya dalam pembinaan loji, reka bentuk peralatan dan sistem proses.
Angeline berkata, dengan meningkatkan pegangannya dalam BWE, Propel Global menyasarkan untuk memanfaatkan sepenuhnya pertumbuhan keuntungan masa depan dan mengembangkan kehadiran pasarannya dalam kedua-dua operasi O&G di dalam dan luar pesisir.
Tambahan pula, Kumpulan telah mencadangkan penempatan persendirian sehingga 10 peratus daripada saham terbitannya, yang akan membolehkan Propel Global mengumpul sehingga RM8.25 juta dalam hasil kasar.
Dana yang diperoleh akan diperuntukkan kepada rancangan pengembangan perniagaan, modal kerja dan anggaran perbelanjaan yang berkaitan dengan penempatan.
Penempatan persendirian akan memberikan fleksibiliti kewangan tambahan untuk menyokong cita-cita pertumbuhan Kumpulan tanpa menanggung hutang berfaedah. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252