Pang Ron-Pei Jing Cipta Sejarah, Tempah Tiket Final

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing melakar pencapaian terbaik sejak digandingkan pada Mac lepas apabila mara ke final China Masters di Arena Shenzhen, hari ini.

Pada aksi separuh akhir, pasangan ranking ke-85 dunia itu menampilkan persembahan meyakinkan untuk menewaskan wakil tuan rumah Zhu Yi Jun-Li Qian 21-12, 21-10, sekali gus menempah pertemuan dengan pasangan nombor satu dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada final esok.

Yan Zhe-Dong Ping pula menamatkan cabaran satu lagi beregu profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menerusi kemenangan 21-11, 24-22 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, hasrat Malaysia untuk menyaksikan final sesama sendiri dalam acara beregu lelaki tidak kesampaian apabila kedua-dua wakil negara terkandas pada separuh akhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada kejohanan berstatus Super 750 itu, gandingan baharu Tee Kai Wun-Yap Roy King memberikan tentangan sengit sebelum akur kepada beregu tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-23, 21-17, 17-21 dalam pertarungan selama 64 minit.

Beregu profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong turut gagal melangkah ke final selepas tewas kepada naib juara edisi lepas yang juga pilihan keempat dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 16-21, 21-18, 11-21 dalam aksi selama 66 minit. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *