Bayern, Schalke terikat tanpa jaringan

BERLIN: Juara bertahan Bayern Munich diikat tanpa jaringan oleh pasukan yang baru dinaikkan pangkat Schalke dalam aksi Bundesliga, awal pagi tadi.

Keputusan seri itu menamatkan rentetan Bayern yang menghuni tangga teratas Bundesliga dalam 67 hari perlawanan berturut-turut selain menjadi kali pertama mereka gagal menjaringkan gol sejak Februari 2025.

Schalke yang juga juara liga Jerman sebanyak tujuh kali, sebelum ini tidak pernah menewaskan Bayern sejak 2011 dan gagal meraih sebarang mata daripada gergasi Bavaria itu dalam tempoh sembilan tahun menerusi 12 kekalahan berturut-turut.

Penjaga gol Schalke, Loris Karius muncul wira selepas mempamerkan aksi cemerlang untuk membantu pasukannya meraih mata pertama musim ini, sekali gus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Itulah diri kami. Itu yang menjadi kekuatan kami dan semua pemain boleh berbangga dengan persembahan hari ini,” kata bekas penjaga gol Liverpool itu.

Dengan Harry Kane dan Michael Olise bermula dari bangku simpanan, Bayern menguasai permainan namun gagal mencipta banyak peluang jelas apabila Schalke bertahan dengan kental.

Luis Diaz hampir memecah kebuntuan pada minit ke-54 selepas berdepan Karius, namun percubaan lambungannya terlalu lemah sebelum Robin Gosens mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Peluang terbaik Bayern hadir menerusi rembatan jarak jauh Kane pada lewat permainan, tetapi Karius melompat tinggi untuk menepis bola keluar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Dalam aksi itu, kapten Bayern, Manuel Neuer menerima ejekan penyokong tuan rumah setiap kali menyentuh bola ketika kembali ke kelab tempat dia memulakan karier.

Penjaga gol berusia 40 tahun itu dijangka beraksi buat kali terakhir di Gelsenkirchen sebelum bersara pada penghujung musim. – AFP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *