Haaland bakal jadi pemain termahal EPL

Haaland bakal jadi pemain termahal EPL

MANCHESTER – Erling Haaland dilaporkan bakal menandatangani kontrak lanjutan lumayan bersama Manchester City – namun perjanjian itu dijangka mengandungi klausa pelepasan.

Haaland menikmati permulaan cemerlang dalam musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), meledak tujuh gol dalam tiga perlawanan pertama Man City.

Penyerang berbisa itu menyertai pasukan kebangsaan Norway selepas meledak dua hatrik berturut-turut ketika menentang Ipswich dan West Ham.

Media Sepanyol melaporkan yang Haaland dijangka menandantangani kontrak baharu di Etihad dalam masa terdekat.

Kontraknya sekarang tamat pada musim panas 2027.

Man City juga dijangka menjadikan Haaland pemain dengan gaji asas tertinggi di Liga Perdana Inggeris – yang ketika ini milik rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne.

De Bruyne dibayar 425,000 pound (RM2.42 juta) seminggu di Man City, manakala Haaland menerima 375,000 pound (RM2.13 juta).

Haaland menikmati pelbagai kejayaan sejak berpindah ke Manchester City dari Borussia Dortmund dua tahun lalu.

Dia meledak 97 gol dalam 102 penampilan dan membantu Man City memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah serta Piala FA. Dia turut memenangi Kasut Emas sepanjang dua musim di England. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *