KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini.
Menurut Ketua Penerangan Perkasa Kedah, Azrol Mansor, pihaknya memberikan kerjasama yang baik kepada polis apabila diminta untuk berikan keterangan kepada pegawai penyiasat di IPD Kuala Muda.
“Alhamdulilah, syukur selesai sudah laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Perkasa Kedah juga memberikan kerjasama apabila diminta untuk berikan keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, empat laporan itu dibuat oleh Setiausaha Kehormat, Ketua Penerangan, Ketua Wira dan Ketua Wiranita Perkasa Kedah.
Katanya, pertubuhan itu mengecam kenyataan Teresa dan mahu polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan yang menyentuh isu 3R ini.
“Kenyataan Teresa juga telah mengganggu gugat keharmonian kaum dan secara jelas telah mengancam kedudukan agama Islam kerana tidak menghormati sensitiviti kaum majoriti di Malaysia.
“Perkasa Kedah juga berharap tindakan tegas dapat diambil supaya ianya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar lebih menghormati terutama perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252