Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar

Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar

ALOR SETAR – Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga itu, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terlentang dengan terdapat kesan kecederaan teruk pada salah seorang mangsa.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K-9), sedang melakukan siasatan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk tindakan selanjutnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad mengesahkan penemuan mayat itu dan maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *