Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE

Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE

BERUAS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melaporkan seorang maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM288 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemandu itu, seorang wanita berusia 50 tahun meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.37 awal pagi tadi.

“Kereta utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 itu terbabas lalu melanggar pembahagi dan mangsa tersepit di tempat memandu.

“Kematiannya disahkan pihak perubatan di lokasi,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan mengenai kejadian, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi.

Katanya, mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Alam Man. – ND

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *