Skip to content
11 June 2026

NasionalDaily

Terkini | Sahih | Dipercayai

  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
Tajuk Utama
  • Jika Saya Diberi Amanah Terajui J-KOM

    24 minutes ago24 minutes ago
  • Stratus Global meterai taja jamin untuk IPO Pasaran Utama

    15 hours ago15 hours ago
  • Eckem Holdings terima anugerah platinum daripada Wacker Chemie

    15 hours ago15 hours ago
  • MCA Desak Siasatan Isu Penjaja Haram Berlarutan di Seputeh

    19 hours ago19 hours ago
  • Perpisahan PAS-Bersatu Buka Ruang Penyatuan Politik Melayu Lebih Luas – Armin

    19 hours ago19 hours ago
  • Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN

    Mahkamah Tinggi Benarkan Tuntutan Global Royalty, Rosmah Diperintah Bayar RM67.5 Juta

    20 hours ago20 hours ago
  • Memahami Makna Sebenar TVET di Malaysia

    20 hours ago20 hours ago
  • Fariz Hazurin Tempelak AMK, Pertahan Peranan BN Dalam Kerajaan Perpaduan

    20 hours ago20 hours ago
  • Mohd Fadli Seru Ibu Bapa Waspada Ancaman Dadah Sintetik

    20 hours ago20 hours ago
  • Lebih 20,000 Penduduk Dipindahkan Selepas Gempa Bumi Dahsyat Gegar Selatan Filipina

    21 hours ago21 hours ago
  • Home
  • 2024
  • June
  • 7
  • PKPRCSWKM perbetulkan dakwaan salahguna lencana, logo – Fadzillah Hussin
June 2024
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
« May   Jul »
  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
PKPRCSWKM perbetulkan dakwaan salahguna lencana, logo - Fadzillah Hussin

PKPRCSWKM perbetulkan dakwaan salahguna lencana, logo – Fadzillah Hussin

Editorial ND2 years ago2 years ago07 mins
  • Nasional

KOTA BHARU – Saya tidak berniat hendak mengganggu siasatan polis terhadap kes yang saya hadapi ini, kata Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM), Fadzillah Hussin.

Bagaimanapun, katanya, beliau mahu memperbetulkan beberapa fakta yang dianggap mengelirukan dalam kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kelmarin.

Kata beliau, isu berkaitan penjualan lencana kerabat PKPRCSWKM yang dikatakan menyerupai Kerabat Diraja Kelantan adalah tidak benar sama sekali, walaupun dalam perlembagaan pertubuhan itu ada menyatakan mengenai logo berkenaan.

“Pertubuhan ini berdaftar secara sah dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan setiap fasal yang terkandung dalam perlembagaan ini termasuk fasal lencana, logo dan yuran keahlian telah mendapat kelulusan.

“Setiap aktiviti kita, termasuk nama pertubuhan ini tidak pernah dipertikaikan pihak RoS, apatah lagi mereka sendiri selepas menelitinya secara terperinci mendapati tidak ada yang salah dan silap.

“Maknanya, perlembagaan PKPRCSWKM ini boleh menjalankan aktivitinya tanpa menyalahi undang-undang, termasuk nama Paduka Raja yang digunakan,” katanya di sini, hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan, polis menahan empat wanita tempatan dan memburu seorang lelaki disyaki menjual serta menyalahgunakan lencana kereta menggunakan nama ‘Raja Kelantan Asal Bentara Setia Paduka Raja’.

Muhamad Zaki dilaporkan berkata, semua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada 24 dan 25 Mei lalu di sekitar Bachok, Kelantan dan di Setia Alam, Selangor.

Menurutnya, polis menerima laporan pada 17 Mei lalu daripada seorang petugas istana negeri yang telah melihat satu hantaran menerusi aplikasi Instagram memaparkan beberapa gambar kenderaan mewah Rolls-Royce Ghost milik salah seorang ahli kehormat pertubuhan yang sah bernama Lim Khong Soon yang telah menggunakan logo berkenaan sejak 2014 lagi.

Menurut Fadzillah, perkataan ‘Raja Kelantan Asal’ sebagaimana terdapat dalam lencana kereta itu adalah merujuk kepada Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang selaras dengan perlembagaan pertubuhan Fasal 1 Takrif Nama iaitu sempena Warisan Sejarah Ilmu Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang dan ianya merupakan Pertubuhan Keturunan Raja Kelantan Asal.

Kata beliau, ada beberapa maklumat tidak tepat telah diperkatakan dalam sidang media Ketua Polis Kelantan di Jeli, Kelantan Rabu lalu mengenai pertubuhan itu.

Namun, semua pihak di negeri Tanah Melayu ini sudah tahu dan sedar dengan peranan pertubuhan berkenaan yang asalnya tidak ada salah silap, tetapi sengaja direka untuk menamatkan kewujudan PKPRCSWKM.

“Kami serahkan kepada kebijaksanaan polis dalam siasatan ini dan berharap ia dilakukan seadilnya demi kebaikan bersama.

“Yang penting, pertubuhan ini tidak pernah mencabar, apatah lagi mengganggu Institusi Diraja Kelantan, malah kami tidak pernah menderhaka kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan dan setiap kali mulanya majlis pertubuhan, kami akan membaca ikrar taat setia kepada Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Sultan Kelantan.

“Fungsi dan peranan pertubuhan ini juga sama seperti pertubuhan-pertubuhan kerabat lain yang ada di Kelantan dan di seluruh negara, yang bergerak berlandaskan prinsip serta perlembagaan yang diluluskan RoS,” ujar beliau.

Ditanya, adakah dakwaan PKPRCSWKM ada menjual lencana sehingga RM50,000, Fadzillah berkata, setakat ini pihaknya tidak pernah menjual kepada pihak tertentu, tetapi dianugerahkan mengikut prinsip perlembagaan pertubuhan dan merupakan sumbangan kepada pertubuhan mengikut jenis kategori keahlian kehormat.

“Bukan hanya sepasang emblem akan diberikan kepada ahli yang memberikan sumbangan, malah ahli berkenaan juga akan menerima kad ahli, sepasang baju ahli kehormat, watikah penghormatan, pelekat kenderaan, cenderamata pertubuhan, pin blazer, buku penaja, buku pertubuhan dan lain-lain lagi.

“Lagipun, perkataan yang tertera pada lencana itu tidak ada kena mengena dengan Kerabat Diraja Kelantan.

“Pada lencana ini ditulis Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia – Keturunan Raja Asal Kelantan, tidak ada sama sekali perkataan Kerabat Diraja Kelantan,” ujarnya.

Katanya, beliau dan pertubuhan tahu mana perkataan boleh digunakan orang awam atau pertubuhan serta mana perkataan tidak boleh digunakan orang awam atau pertubuhan.

“Contohnya, perkataan raja. Raja boleh digunakan orang awam untuk dinamakan seperti Raja Abdul Aziz, Raja Shariff, sedangkan nama Diraja adalah khusus untuk Raja Berperlembagaan, Raja Berdaulat,” katanya.

Mengenai dakwaan mengatakan, lencana PKPRCSWKM menyerupai Pertubuhan Kerabat D’raja Kelantan, kata beliau, ianya tidak betul sama sekali.

Menurut beliau, logo atau lencana kereta pertubuhan itu direka bentuk khas milik PKPRCSWKM dan setakat ini tiada akta pun yang diperuntukkan untuk mendapat pengesahan daripada RoS terlebih dahulu bagi penjualan produk pertubuhan serta logo induk pertubuhan telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan nombor pendaftaran Cap Dagangan 2015059293 dan 2015059303. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Tagged: Fadzillah Hussin Kerabat Diraja Kelantan Logo Nasionaldaily.com Pertubuhan Paduka Raja

Post navigation

Previous: Na’imah peroleh pasport sementara pergi ke Switzerland dan Singapura
Next: Pemegang saham KJTS lulus semua resolusi dalam AGM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

NasionalDaily menampilkan berita yang sahih, tepat dan diyakini. Melaporkan berita dari segenap dimensi.

Email: info@nasionaldaily.com

Tel: +6010-894 2252 | +6012-922 2001

Berita Terkini

  • Jika Saya Diberi Amanah Terajui J-KOM
  • Stratus Global meterai taja jamin untuk IPO Pasaran Utama
  • Eckem Holdings terima anugerah platinum daripada Wacker Chemie
  • MCA Desak Siasatan Isu Penjaja Haram Berlarutan di Seputeh
  • Perpisahan PAS-Bersatu Buka Ruang Penyatuan Politik Melayu Lebih Luas – Armin

Kategori

  • Akademia
  • Berita Dari Asia
  • Berita Umum
  • Dunia
  • Ekonomi/Biz
  • Hiburan
  • Nasional
  • Pojok
  • Politik
  • Rencana
  • Semasa
  • Seni & Sastera
  • Sukan
  • Utama
  • Yang Menarik
Hak Cipta Terpelihara © 2025 - NasionalDaily | Terkini | Sahih | Dipercayai