KUALA LUMPUR – KJTS Group Berhad (KJTS) mengumumkan kelulusan semua enam resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan keduanya (AGM).
Ini termasuk kelulusan pembayaran dividen satu peringkat pertama dan terakhir sebanyak 0.236 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023).
AGM yang diadakan hari ini, dengan pemegang saham meluluskan resolusi merangkumi pelbagai aspek bagi memastikan kelancaran operasi syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura.
Ini juga termasuk pemilihan semula pengarah, pengisytiharan dividen dan kuasa untuk menerbitkan serta memperuntukkan saham.
KJTS mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada semua pemegang saham atas kepercayaan dan sokongan padu mereka.
“Kelulusan dividen mencerminkan komitmen kami untuk menyampaikan nilai kepada pemegang saham sambil mengekalkan tumpuan pada pertumbuhan dan kecemerlangan operasi.
“Syarikat komited untuk mengekalkan komunikasi yang telus dan konsisten dengan pemegang kepentingannya serta bersedia untuk kejayaan dan pertumbuhan berterusan pada tahun-tahun akan datang,” kata KJTS. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252