KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas KPN, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.
Allahyarham Tun Mohammed Hanif merupakan KPN keempat dan pernah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun iaitu dari tahun 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.
Allahyarham yang berumur 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, awal pagi tadi dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor.
Semoga roh Allahyarham Tun Mohammed Hanif dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. – ND
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!