KUALA LUMPUR – Tawaran awam permulaan (IPO) RedPlanet Bhd. telah terlebih langgan sebanyak 85.28 kali oleh orang ramai menjelang penyenaraian pemindahannya dari Pasaran LEAP Bursa Malaysia ke Pasaran ACE pada 22 Oktober 2026.
Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi perusahaan itu berkata, ia menerima 7,031 permohonan untuk 1.77 bilion saham terbitan bernilai RM336.72 juta daripada orang ramai.
IPO itu melibatkan penerbitan 70 juta saham baharu dan menawarkan 10 juta saham sedia ada untuk dijual melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
RedPlanet berkata, sebanyak 19.71 juta saham dikhaskan untuk pengarah, pekerja dan individu lain yang layak telah dilanggan sepenuhnya selepas menggunakan peruntukan clawback dan peruntukan semula yang berkaitan.
Tranche penempatan persendirian juga telah diletakkan sepenuhnya.
Ia melibatkan daripada 11.53 juta saham baharu untuk pelabur terpilih, 18.22 juta saham baharu untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dan 10 juta saham sedia ada untuk pelabur terpilih.
Pengarah Urusan Red Planet, Lian Wah Seng berkata, sambutan yang kukuh itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas perniagaan, keupayaan teknikal dan prospek pertumbuhan jangka panjang kumpulan itu.
“Pemindahan penyenaraian itu akan membantu mengukuhkan keterlihatan pasaran syarikat, meluaskan asas pelaburnya dan menyokong fasa pertumbuhan seterusnya,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
UOB Kay Hian (M) Sdn. Bhd. ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO dan penyenaraian pemindahan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
