Serangan Lapangan Terbang Riyadh: 12 maut, lebih 300 cedera, penerbangan terjejas

RIYADH – Sekurang-kurangnya 12 terbunuh, manakala 309 lagi cedera dalam serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) semalam.

Dalam kenyataan rasmi, pihak berkuasa itu memaklumkan mangsa yang terkorban adalah empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan.

Perkembangan itu menyusuli laporan awal mengenai satu letupan kuat menggegarkan lapangan terbang berkenaan menyebabkan operasi penerbangan tergendala dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan penumpang.

Lebih 12 ambulans dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian, manakala sebahagian pelancong dipindahkan keluar dari fasiliti lapangan terbang demi keselamatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Insiden itu berlaku ketika serangan peluru berpandu oleh kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightRadar24, hampir semua penerbangan ke Riyadh sama ada dibatalkan atau dilencongkan ke destinasi lain, dengan hanya sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di ruang udara lapangan terbang pada satu ketika selepas kejadian.

Pihak pengurusan lapangan terbang menggesa penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing dan menyemak status penerbangan sebelum berlepas ke terminal.

Kejadian terbaharu itu berlaku hanya beberapa hari selepas lapangan terbang berkenaan dilaporkan diserang sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu, yang mengorbankan empat nyawa serta menyebabkan kerosakan kepada sebuah pesawat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Susulan situasi keselamatan yang tidak menentu, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Etihad Airways dan Qatar Airways membatalkan sebahagian perkhidmatan mereka ke Riyadh, dengan beberapa pembatalan dilaporkan berlanjutan sehingga Isnin.

Serangan berterusan ke atas ibu negara Arab Saudi itu turut mencetuskan kebimbangan menjelang penganjuran persidangan tenaga dan pelaburan utama yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, pihak penganjur menegaskan acara berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang dan memberi jaminan bahawa langkah keselamatan tambahan telah diambil bagi memastikan keselamatan peserta.

Sebelum ini, kumpulan Houthi mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan komersial supaya mengelakkan penggunaan ruang udara Arab Saudi, yang disifatkannya sebagai zon operasi ketenteraan.

Amaran itu dibuat selepas kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi melancarkan serangan terhadap kumpulan berkenaan pada awal bulan ini, sekali gus meningkatkan ketegangan konflik serantau yang kini dilihat mula memberi kesan langsung terhadap sektor penerbangan awam di negara itu. – Agensi

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *