Lubang benam di Jalan Gua Musang-KB: Penduduk harap segera dibaiki, jejas rutin harian

GUA MUSANG – Penduduk berharap pembaikan Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini yang ditutup akibat lubang benam tidak berlarutan lama kerana bergantung kepada laluan berkenaan untuk rutin harian mereka.

Penduduk dari Taman Wira Perdana, Siti Fatimah Zaharah Ahmad, 41, berkata penutupan laluan utama itu menyebabkan dia perlu berhadapan kesesakan lalu lintas yang teruk untuk menghantar bekalan makanan harian ke rumah ibunya yang uzur di Taman Wangi.

“Biasanya kami ada laluan alternatif untuk ke Taman Wangi jika jalan FT08 tidak dapat dilalui tetapi semalam, jalan kedua melalui Taman Damar dan Taman Kesedar Jaya juga ditutup menyebabkan saya terpaksa menggunakan laluan lain untuk ke rumah ibu.

“Keadaan bertambah teruk pada waktu puncak ketika mengambil anak pulang dari sekolah. Ketika itu trafik amat sesak,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Suhaibah Abdul Ghani, 37, dari Taman Damar, berkata dia terpaksa menggunakan laluan alternatif lebih jauh namun bersyukur kerana tidak berhadapan kesesakan lalu lintas atau terkandas akibat banjir ketika menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi pagi tadi.

Dalam perkembangan sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd Syahbuddin Hashim, berkata pemeriksaan teknikal dan kerja pembaikan kritikal perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kerosakan struktur jalan itu merebak ke laluan bersebelahan.

Beliau berkata, hujan yang sering berlaku kebelakangan ini dikhuatiri boleh mempercepat pembentukan lubang benam baharu sekiranya struktur tanah di bawah jalan FT08 tidak diperkukuh segera.

“Laluan itu memerlukan pembaikan pantas kerana menjadi nadi utama penduduk untuk urusan harian termasuk menghantar anak ke sekolah. Pemeriksaan teknikal amat penting bagi mengenal pasti punca sebenar serta menilai tahap keselamatan jalan raya di sekitarnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Masalah limpahan air dan banjir kilat yang menjejaskan laluan utama dari Taman Kesedar Putra ke Taman Damar dan Taman Kesedar Jaya juga memerlukan pelan mitigasi yang serius serta perhatian segera,” katanya.

Mohd Syahbuddin berkata, masalah itu sudah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Gua Musang pada 23 September lalu untuk tindakan agensi teknikal yang berkaitan.

Semalam, laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian lubang benam sedalam kira-kira lapan meter. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *