Pilu Tidak Terungkap dengan Kata-kata, Ibu dan Dua Anak Dikebumikan dalam Satu Liang Lahad

TANJONG KARANG – Tiada yang lebih memilukan bagi seorang suami dan bapa selain terpaksa menerima hakikat kehilangan isteri serta dua anak tersayang serentak, apatah lagi apabila pemergian mereka berlaku dalam nahas jalan raya yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Dalam suasana penuh hiba, jenazah Norawalysa Mat Talpi, 44, bersama dua anaknya, Auni Syazana Suhaimi, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz Suhaimi, lapan tahun, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Serong, di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Tiga beranak itu maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dengan sebuah lori di Bukit Talang, Jalan Raja Musa, di sini, pada tengah hari semalam.

Pemergian mereka dalam satu kejadian yang berlaku begitu pantas meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, saudara-mara dan kenalan yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi meragut tiga nyawa sekali gus.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum disemadikan, jenazah ketiga-tiga mangsa dimandi dan dikafankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Tanjong Karang sebelum dibawa ke Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong untuk disolatkan.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan apabila ketiga-tiga jenazah dibawa ke liang lahad. Satu demi satu, jasad ibu dan dua anak itu diturunkan ke tempat persemadian terakhir, sebelum mereka disatukan dalam sebuah liang lahad.

“Selepas pemergian isteri dan dua anak, amanah yang sedia ada saya akan galas dengan sepenuh jiwa raga,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pengebumian dipermudahkan, selain merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu keluarga sepanjang tempoh sukar itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Alhamdulillah, semua urusan pengebumian dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih tidak terhingga kepada semua,” katanya ketika ditemui.

Beliau sebelum itu dilaporkan dipindahkan ke wad biasa, namun masih berada dalam pemantauan doktor.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, tiga beranak berkenaan maut selepas MPV Proton Exora yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati lori terbabit berhenti di bahu kiri jalan selepas mengalami tayar pecah.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan bagi menentukan keadaan sebenar kejadian, termasuk faktor menyebabkan pelanggaran berlaku. Maklumat awal mengenai lori yang berhenti akibat tayar pecah belum dengan sendirinya menjelaskan keseluruhan punca nahas.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *