Konvoi eksklusif 100 kenderaan Lamborghini ceriakan acara Citrawarna Speed Festival 2026

KUALA LUMPUR – Citrawarna Speed Festival 2026 telah membawa sebuah acara yang istimewa dengan menganjurkan Konvoi Eksklusif Lamborghini 2026 dengan kerjasama Lamborghini Owners Malaysia (LOM).

Acara yang menghimpunkan kira-kira 100 kenderaan Lamborghini dalam satu konvoi istimewa itu adalah sebahagian daripada pengisian Citrawarna Speed Festival 2026, sekali gus menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang dinamik dan pelbagai pengalaman, selaras dengan Kempen Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027).

Konvoi tersebut dilepaskan (flag-off) dari IOI City Mall, Putrajaya pada jam 12 tengah hari sebelum meneruskan perjalanan mengikut laluan yang ditetapkan menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Selangor.

Setibanya di destinasi, kenderaan-kenderaan berkenaan dipamerkan menerusi pameran automotif terbuka yang memberi peluang kepada orang ramai, peminat sukan permotoran dan pelawat antarabangsa untuk menyaksikan koleksi kenderaan ikonik tersebut dengan lebih dekat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mengangkat tema “Art, Culture, Speed, Together” dan “Malaysia Moves Together”, Citrawarna Speed Festival 2026 menggabungkan elemen budaya automotif, hiburan dan promosi pelancongan dalam satu platform yang menarik di IOI City Mall, Putrajaya.

Penganjuran ini turut memanfaatkan daya tarikan sukan permotoran dan keunikan gaya hidup automotif bagi memperkenalkan Malaysia kepada khalayak yang lebih luas, termasuk menerusi liputan media sosial dan platform digital.

Inisiatif kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta menerusi Citrawarna Speed Festival 2026 dijangka turut memberikan limpahan manfaat ekonomi kepada pelbagai sektor berkaitan, termasuk hospitaliti, makanan dan minuman serta peruncitan di Putrajaya dan Sepang.

Usaha ini sekali gus memperkukuh peranan industri pelancongan sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *