Pekerja ladang maut dipercayai dibunuh suami di Kalabakan

KALABAKAN – Seorang warga Indonesia maut dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah pekerja di Ladang Felda Umas 6, Jalan Kalabakan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh berkata wanita itu yang juga pekerja ladang berusia 37 tahun ditemukan dengan kecederaan pada tangan, kepala dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 8.15 malam oleh pegawai perubatan.

“Susulan itu, polis menahan suami mangsa yang juga warganegara Indonesia berusia 38 tahun, dan suspek turut mengalami kecederaan pada bahagian leher selepas dipercayai cuba mengelar lehernya sendiri menggunakan sebilah sabit. Suspek kini menerima rawatan di Hospital Tawau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosdi berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah rumah tangga selepas pasangan berkenaan kembali daripada bercuti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Rosdi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau ASP Maliki Majuni menerusi talian 017-898 9171 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *