Riadah 14 rakan berakhir tragedi, pekerja kafe maut lemas di Chamang

BENTONG – Aktiviti riadah sekumpulan 14 rakan di Hutan Lipur Chamang, di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas, semalam.

Mangsa, Mohd Aiman Nazmi Mohd Yusuf, 29, ditemukan kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan tenggelam oleh kakitangan Jabatan Perhutanan sebelum diserahkan kepada pasukan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa terlebih dahulu dinaikkan ke darat sebelum ketibaan pasukan bomba.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dilakukan pihak kesihatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.29 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 40 minit kemudian.

“Lokasi kejadian berada kira-kira 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba menjalankan pemantauan dan mendapatkan pengesahan daripada pihak kesihatan berhubung keadaan mangsa.

Katanya, selepas mangsa disahkan meninggal dunia, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berdasarkan maklumat awal, Mohd Aiman yang bekerja sebagai pekerja kafe di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Selangor, datang ke Hutan Lipur Chamang bersama 13 rakannya untuk beriadah.

Rombongan berkenaan turut disertai lima wanita.

Kejadian itu berlaku ketika kumpulan terbabit berada di kawasan air terjun sebelum mangsa dilaporkan tenggelam.

Pihak berkuasa seterusnya menjalankan tindakan lanjut bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *