KUCHING – Penyampai radio RED FM Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Azrani Azmi, 47, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak, di sini, malam tadi.
Adiknya, NurFarrah Hanna Azmi berkata, Allahyarham ditemukan rakan sekerja pada jam 8.40 malam sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Buat masa ini (pagi ini), pihak keluarga masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
“Arwah tiada penyakit yang kritikal, tetapi memang mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya kepada Bernama.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
