Penumpang pitam, terjatuh ke landasan LRT di Wangsa Maju

PETALING JAYA – Seorang penumpang dilaporkan pitam sebelum terjatuh ke landasan di Stesen LRT Wangsa Maju, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 6.25 pagi menyebabkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan.

Rapid KL menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu, sistem Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) diaktifkan sebagai langkah keselamatan.

Tindakan itu menyebabkan bekalan kuasa ke landasan diputuskan sementara bagi membolehkan petugas menjalankan operasi menyelamat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Penumpang itu kemudiannya dibawa keluar dari kawasan landasan oleh petugas stesen dan dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan awal,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Rapid KL tidak memperincikan keadaan penumpang berkenaan, termasuk sama ada mangsa mengalami sebarang kecederaan akibat terjatuh ke landasan.

Kejadian itu turut menyebabkan perjalanan tren di Laluan Kelana Jaya mengalami sedikit kelewatan sebelum perkhidmatan kembali diteruskan.

Dalam pada itu, Rapid KL mengingatkan penumpang supaya segera mendapatkan bantuan daripada polis bantuan atau petugas stesen sekiranya berasa kurang sihat ketika berada di stesen atau platform.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Langkah berkenaan penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama kepada penumpang yang mengalami pening, pitam atau keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan mereka hilang keseimbangan.

Penumpang juga dinasihatkan supaya sentiasa berada di belakang garisan kuning ketika menunggu tren di platform.

Garisan berkenaan menjadi sempadan keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko penumpang terlalu hampir dengan landasan, terutama ketika tren memasuki atau meninggalkan stesen.

Kejadian di Wangsa Maju itu sekali lagi menunjukkan kepentingan penumpang mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di platform, khususnya pada waktu pagi ketika perkhidmatan awam mula dipenuhi pengguna yang mahu ke tempat kerja dan urusan harian.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *