Lelaki maut dipercayai dibaham harimau di Gerik

Lelaki maut dibaham harimau belang ketika cari rotan

PETALING JAYA – Seorang lelaki Orang Asli ditemui maut dipercayai dibaham harimau belang ketika mencari rotan di kawasan hutan di berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor di Sungai Siput, Perak semalam.

Mayat mangsa, Zamberi Angah, 42, ditemukan jam 6.58 petang di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak kira-kira 200m dari lokasi serangan, lapor Berita Harian.

Difahamkan, lelaki itu bersama seorang rakannya masuk ke kawasan hutan dalam Hutan Simpan Korbu untuk mencari rotan.

Timbalan Ketua Polis Sungai Siput, Rohaizimi Razali yang mengesahkan menerima laporan kejadian itu berkata, pihak Perhilitan kini sedang mengesan untuk menangkap harimau belang berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hari ini pihak unit harimau Perhilitan akan memasang satu perangkap harimau antara Kampung Takong dengan Hutan Simpan Korbu,” katanya.

Sementara itu, ADUN Lintang, Mohd Zolkafly Harun dalam satu hantaran di Facebook menasihatkan penduduk supaya tidak memasuki kawasan berkenaan buat sementara waktu, sentiasa berwaspada dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa

Katanya, beliau bersama isteri turut meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah, selain menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan bebannya.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *