PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Majistret, di sini bagi prosiding reman untuk membantu siasatan susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.
Beliau tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga dalam keadaan tangan bergari.
Seorang lagi yang turut berdepan prosiding sama ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MOF) Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 4 petang semalam, selepas diarah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan penahanan kedua-dua mereka bagi membantu siasatan suruhanjaya itu.
Jumaat lalu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH ditahan SPRM berkait siasatan kes sama, sebelum direman selama seminggu sehingga hari ini selepas Majistret Ezrene Zakariah meluluskan permohonan SPRM.
Pagi ini, lelaki berkenaan yang juga berusia lingkungan 60-an turut tiba di mahkamah sama, dijangka bagi proses lanjutan reman.
Bekas CEO TH dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu juga tiba dalam keadaan tangan bergari dengan memakai baju reman SPRM.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.
Mereka ialah seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan, selain seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
