Islamic Relief Malaysia Umum Pelantikan Datuk Nur Iskandar A. Samad Sebagai Pengerusi Baharu

ISLAMIC Relief Malaysia (IR Malaysia) mengumumkan pelantikan Datuk Nur Iskandar A. Samad sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah baharu, berkuat kuasa 18 Ogos ini.

Pelantikan itu susulan keputusan Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia, berkuat kuasa 4 Ogos lalu.

Keputusan Syed Saleh itu dibuat atas faktor kesihatan serta nasihat perubatan agar beliau diberikan masa dan ruang sewajarnya untuk menumpukan kepada proses pemulihan dan kesejahteraan diri. Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia telah menerima keputusan tersebut.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi, Syed Saleh telah berkhidmat untuk IR Malaysia dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kepimpinan, bimbingan serta komitmen beliau terhadap misi kemanusiaan IR Malaysia amat dihargai oleh Lembaga Pemegang Amanah dan pihak Pengurusan.

Nur Iskandar membawa pengalaman lebih 40 tahun dalam industri minyak, gas dan petrokimia, termasuk memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan di Petronas, syarikat minyak dan gas nasional Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Vantris Energy Berhad (dahulunya dikenali sebagai Sapura Energy Berhad), sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dari tahun 2023 hingga 2025.

Antara bidang kepakaran utama beliau termasuk pengurusan projek, operasi pembuatan dan pembangunan kepimpinan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Leeds, United Kingdom dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Industry Advisory Council di Universiti Sains Malaysia (USM) serta Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Nur Iskandar telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia sejak 2022, malah sebelum menyertai Lembaga Pemegang Amanah, beliau telah lama menjadi penyokong kuat IR Malaysia dan menjayakan misi-misi kemanusiaannya bersama IR Malaysia.

Pengetahuan beliau yang mendalam mengenai organisasi, digabungkan dengan pengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan korporat, akan memberikan panduan bernilai dalam usaha IR Malaysia untuk terus memperkukuh impak kemanusiaan serta tadbir urus organisasi.

Lembaga Pemegang Amanah dan pihak Pengurusan IR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syed Saleh atas khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan besar beliau kepada organisasi.

“Kami mendoakan agar beliau terus diberikan kesembuhan, kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan mendatang,” kata kenyataan kepada media.

Dalam pada itu, IR Malaysia mengalu-alukan pelantikan Nur Iskandar sebagai Pengerusi baharu dan menantikan kepimpinan serta bimbingan beliau dalam usaha IR Malaysia untuk terus memperkukuh misi kemanusiaan serta komitmen terhadap tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan integriti.

IR Malaysia kekal teguh dalam melaksanakan amanah kemanusiaannya dan berkhidmat kepada komuniti yang memerlukan dengan penuh ihsan, amanah dan tanggungjawab.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *