Penulis Kreatif, Hashim Latiff Meninggal Dunia

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

TANAH MERAH – Dunia sastera dan kewartawanan Kelantan kehilangan seorang lagi penggiatnya apabila penulis kreatif dan bekas wartawan sambilan Sinar Harian, Che Hashim Latiff, 66, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Kuala Tiga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Allahyarham yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang sebelum ini semakin uzur dan terlantar sakit sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut anak Allahyarham, Muhamad Akmal, bapanya dibawa ke hospital pada Rabu lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Keadaan ayah ketika itu memang semakin tenat. Pihak hospital turut mencadangkan supaya ayah ditidurkan bagi mendapatkan rawatan, namun keluarga mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkara tersebut dan membawa ayah pulang ke rumah.

“Kami mahu ayah berada di rumah bersama keluarga. Selepas dibawa pulang, keadaan ayah semakin lemah dan kami menjaganya sebaik mungkin,” katanya.

Katanya, mereka tidak menyangka Allahyarham pergi buat selama-lamanya tidak lama selepas dibawa pulang.

“Sekitar jam 1.30 pagi, ayah menghembuskan nafas terakhir. Walaupun sedih, kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga selepas solat Zuhur.

Berita pemergian Allahyarham turut mendapat perhatian warga Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) apabila Pengarah DBPWT, Ariza Che Ismail, bersama Timbalan Pengarah, Muhamad Ikhram Fadhly Hussin serta beberapa warga DBPWT, turut menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham merupakan penulis kreatif yang aktif menghasilkan novel, cerpen dan skrip drama radio selain bergiat sebagai wartawan sambilan Sinar Harian.

Antara karya yang pernah dihasilkan beliau ialah Serunai Malam, Pendekar Sufi, Aku Bukan Kaki Bangku, Permata di Anjung Desa dan Anak Jal Besar.

Penglibatan Allahyarham dalam dunia sastera turut mendapat pengiktirafan apabila pernah memenangi Pertandingan Cerpen DBP Wilayah Timur pada 2000 serta Sayembara Penulisan Cerpen Kearifan Tempatan Negeri Kelantan pada 2021.

Walaupun kesihatannya semakin merosot dan kudratnya terbatas, minat Allahyarham terhadap dunia penulisan tidak pernah padam. Dalam keadaan tangan tidak lagi mampu menaip seperti dahulu, anaknya, Akmal membantu menaip idea dan tulisan yang disampaikan oleh bapanya.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah dirasai rakan-rakan penulis, wartawan serta warga sastera yang mengenali perjalanan panjangnya dalam dunia penulisan.

Puluhan tahun berkarya meninggalkan begitu banyak jejak, dan kini penulis itu telah pergi. Namun, kata-kata yang pernah lahir daripada fikirannya akan terus hidup melalui karya yang ditinggalkan.

Kudratnya terhenti bersama denyut terakhir, tetapi tulisannya akan terus berbicara kepada generasi yang ditinggalkan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *