Lelaki Lemas Jatuh Dalam Tangki Air Semasa Kerja Penyelenggaraan Di Stesen Jana Kuasa

SHAH ALAM – Seorang  pekerja kontrak lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air berkedalaman lima meter ketika melakukan kerja penyelenggaraan di menara penyejuk di Kuala Langat Power Plant, Kuala Langat, semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.29 malam semalam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa lelaki warga tempatan berusia 34 tahun dijumpai sekitar 4 pagi tadi selepas operasi pencarian dilakukan di dua kolam berkedalaman 10 meter di stesen jana kuasa berkenaan. 

“Mangsa bersama rakan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan mengantikan kayu di menara penyejuk sebelum rakannya keluar untuk mengambil kayu. Selang 15 minit apabila rakan mangsa sampai semula ke lokasi mendapati mangsa tiada di situ.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pada awalnya rakan mangsa percaya yang dia mungkin ke bilik air, sebelum mengesyaki berkemungkinan terjatuh selepas mangsa tidak muncul. Rakan mangsa telah memaklumkan kepada penyelia sebelum rollcall dan mendapati mangsa hilang,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata kes telah diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya sebelum operasi melibatkan keanggotaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, BBP Pelabuhan Klang, dan BBP KLIA berkenaan ditamatkan pada 5.05 pagi tadi.  – BERNAMA  

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *