JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Haizrul Rahmad berkata empat anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam.
Beliau berkata setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang.
“Bapa mangsa memaklumkan mangsa dikhuatiri lemas di kawasan empangan berikutan penemuan sebuah basikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian.
“PKO bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut,” katanya kenyataan malam tadi.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan sehingga kini. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
