Skip to content
12 September 2026
NasionalDaily

NasionalDaily

Terkini | Sahih | Dipercayai

  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan
Tajuk Utama
  • Klinik Suzana – Menyerlahkan Kecantikan Semula Jadi, Membina Keyakinan Diri

    1 month ago1 month ago
  • Citaglobal dianugerahkan kontrak pembinaan kolej kediaman IPG bernilai RM82 juta di KL

    11 hours ago11 hours ago
  • Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia

    PRN Melaka semakin hampir, Ab Rauf beri bayangan DUN dibubar tidak lama lagi

    14 hours ago14 hours ago
  • Dua bekas pekerja taska didakwa cuai, aniaya kanak-kanak

    14 hours ago14 hours ago
  • PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 12 Okt

    14 hours ago14 hours ago
  • Pengampunan Diraja: UMNO hormat keputusan, harapan buat Najib tetap disimpan

    15 hours ago15 hours ago
  • Hannah Yeoh lapor polis komen berbaur hasutan di media sosial

    Pengampunan Diraja: Hannah Yeoh minta media tunggu kenyataan rasmi

    15 hours ago15 hours ago
  • GTA dilantik pengedar Safran Helicopter Engines di Brunei

    16 hours ago16 hours ago
  • 100 Pokok Bunga Kertas Diceriakan di Tanah Perkuburan Gual To’ Deh

    17 hours ago17 hours ago
  • IQRA’ Sebelum Prompt: Menjaga Akal dan Integriti Ilmu dalam Era AI

    20 hours ago20 hours ago
  • Pengampunan Bukan Soal Undi Majoriti: Memahami Kuasa YDPA di Bawah Perkara 42

    24 hours ago24 hours ago
  • Home
  • 2026
  • August
  • 10
  • Lelaki Pakistan Guna Logo Imigresen Pada Kenderaan Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam
August 2026
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »
  • Utama
  • Berita
    • Nasional
    • Semasa
    • Berita Umum
    • Berita Dari Asia
    • Yang Menarik
    • Dunia
    • Hiburan
  • Politik
  • Akademia
  • Pojok
  • Rencana
  • Ekonomi/Biz
  • Seni & Sastera
  • Sukan

Lelaki Pakistan Guna Logo Imigresen Pada Kenderaan Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

Editorial ND1 month ago1 month ago04 mins
  • Semasa

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan logo rasmi jabatan dan lampu mata arah pada sebuah kenderaan dalam tempoh kurang 24 jam selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata lelaki itu ditahan dalam Operasi Khas yang dijalankan pada 4.30 petang semalam di PV3 Platinum Hill Condominium, Setapak, Kuala Lumpur susulan risikan berdasarkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan berlogo JIM digunakan oleh warga asing.

Klinik Suzana
📞 +6018-229 6248 | 💬 WhatsApp Sekarang

Beliau berkata semasa pemeriksaan di premis itu pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang didapati tinggal lebih masa di negara ini serta menemukan dua pasport Indonesia yang dipercayai milik individu lain dalam simpanan lelaki terbabit.

“Hasil siasatan awal terhadap individu tersebut mendapati video tular berkenaan dirakam pada April 2025 dan baru dimuat naik dalam status WhatsApp oleh isterinya pada 7 Ogos lepas. Isteri individu tersebut berada di Indonesia dan video tersebut dimuat naik ketika isterinya berada di negara itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mandian Air Mata Pusaka Puteri CSWK
📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Zakaria berkata lelaki warga Pakistan itu ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala wanita warga Indonesia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Zakaria berkata susulan tangkapan itu, pasukan operasi mengesan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran VLH8773 yang dipercayai digunakan dalam video tular berkenaan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pemilik sebenar kenderaan juga seorang warga Pakistan, ditahan bersama lapan lagi pekerja warga asing terdiri daripada empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan dan seorang lelaki India.

Beliau berkata pemilik kenderaan itu disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala lapan pekerja terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Teacher Sharifah Taman Indah Homestay Roomstay Tanah Merah
📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Zakaria berkata pemilik kenderaan mengaku memasang logo JIM dan lampu mata arah berkenaan untuk kegunaan peribadi tanpa sebarang tujuan rasmi serta mendakwa tidak mengetahui perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Beliau berkata pemilik itu juga mendakwa logo dan lampu mata arah berkenaan telah ditanggalkan sebelum video itu tular.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan,” katanya.

Kesemua individu yang ditahan berserta kenderaan yang tular dalam video dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut. – BERNAMA  

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Tagged: Berita Terkini Jabatan Imigresen Malaysia Logo Nasionaldaily.com Video Tular Warga Pakistan

Post navigation

Previous: Lelaki Lemas Jatuh Dalam Tangki Air Semasa Kerja Penyelenggaraan Di Stesen Jana Kuasa
Next: Profesion Perakaunan Berteraskan Kepercayaan Penting Kepada Daya Saing Malaysia – MIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengenai Kami

NasionalDaily menampilkan berita yang sahih, tepat dan diyakini. Melaporkan berita dari segenap dimensi.

Email: info@nasionaldaily.com

Tel: +6010-894 2252 | +6012-922 2001

Berita Terkini

  • Citaglobal dianugerahkan kontrak pembinaan kolej kediaman IPG bernilai RM82 juta di KL
  • PRN Melaka semakin hampir, Ab Rauf beri bayangan DUN dibubar tidak lama lagi
  • Dua bekas pekerja taska didakwa cuai, aniaya kanak-kanak
  • PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 12 Okt
  • Pengampunan Diraja: UMNO hormat keputusan, harapan buat Najib tetap disimpan

Kategori

  • Akademia
  • Berita Dari Asia
  • Berita Umum
  • Dunia
  • Ekonomi/Biz
  • Hiburan
  • Nasional
  • Pojok
  • Politik
  • Rencana
  • Semasa
  • Seni & Sastera
  • Sukan
  • Utama
  • Yang Menarik
Hak Cipta Terpelihara © 2025 - NasionalDaily | Terkini | Sahih | Dipercayai