Pendeta Hindu India Sokong Seruan Pembunuhan Umat Islam, Jadikan Gaza Sandaran

Seorang pendeta Hindu kontroversi di India, Yati Narsinghanand Saraswati, mencetuskan kecaman selepas secara terbuka menyokong kenyataan seorang individu yang didakwa menggesa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di negara itu.

Sokongan tersebut dilaporkan diberikan kepada Anil Yadav, individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Narsinghanand, selepas beliau menyampaikan ucapan berbaur keganasan ketika menghadiri perhimpunan Hindu Mahapanchayat di kawasan Kuil Dasna Devi, Ghaziabad, Uttar Pradesh, pada 21 Jun lalu.

Menurut laporan portal semakan fakta India, Alt News, bertarikh 1 Julai 2026, Yadav menggunakan istilah sanghar yang membawa maksud pemusnahan, sambil mendakwa pihak yang memulakan tindakan terlebih dahulu akan memenangi konflik berkenaan.

Pada 25 Jun lalu, Narsinghanand menerusi rakaman video menyatakan sokongan terbuka terhadap kenyataan itu, termasuk menyamakan kedudukan umat Islam di India dengan situasi di Gaza yang berdepan serangan ketenteraan Israel.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut memuji tindakan Israel terhadap rakyat Palestin, sekali gus menggunakan konflik di Gaza sebagai perbandingan bagi menyokong pendiriannya terhadap komuniti Islam di India.

Narsinghanand juga menegaskan persetujuan sepenuhnya terhadap kenyataan Yadav dan menyatakan dirinya bersedia menerima tindakan undang-undang yang sama sekiranya individu berkenaan berdepan pendakwaan.

Kontroversi terbaharu itu menambah rekod kenyataan Narsinghanand yang sebelum ini turut mencetuskan pertikaian berkaitan agama Islam.

Pada April 2023, beliau dilaporkan menggesa pengikutnya merampas Makkah dan Kaabah, selain mendakwa tempat suci umat Islam itu asalnya sebuah kuil Hindu yang dinamakan sebagai Makkeshwar Mandir.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut mengemukakan dakwaan, air Zamzam di Makkah mempunyai kaitan dengan aliran Sungai Gangga yang dikaitkan dengan dewa Hindu, Mahadev. Bagaimanapun, dakwaan berkenaan tidak disokong bukti sejarah atau sumber yang boleh dipercayai.

Kenyataan terbaharu yang menyentuh soal pembunuhan beramai-ramai itu sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai penyebaran ucapan kebencian dan ancaman keganasan berasaskan agama di India.

Alt News dalam laporannya turut menyatakan, sehingga 30 Jun 2026, tiada aduan baharu dilaporkan difailkan berhubung ucapan berkenaan.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai tindakan pihak berkuasa terhadap kenyataan yang berpotensi menggalakkan keganasan antara komuniti agama, khususnya dalam suasana hubungan antara masyarakat Hindu dan Islam di India yang sering menjadi perhatian antarabangsa. – Sumber: Alt News, South Asia Justice Campaign, Associated Press of Pakistan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *