Kanak-kanak autistik ditemukan lemas di Pantai Kuala Kerteh

CHUKAI – Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh dekat sini petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata mangsa Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh dekat sini ditemukan lemas oleh orang awam yang turut membantu operasi pencarian mangsa pada 5.43 petang.

Beliau berkata mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat bermain pasir di gigi air sebelum disedari hilang.

“Sebanyak lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mokhtar berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *