DUNGUN – Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 356, Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Bukit Besi dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, dalam nahas jam 4.55 petang itu, Arissa Shazzira Zainudin, 21, berasal dari Kuantan, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.
Beliau berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR merempuh bahagian belakang sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubihi Triton yang berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.
“Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Nik Ab. Halim berkata, mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Dungun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
